aku tak tahu


salahkah aku impikan ini
semakin dekat tapi kabur
dulu jauh tapi nyata
kalau diamati bolehkah kabur ini dihilangkan
membuangkan imaginasi ini
realiti menguasai diri
aku jadi kabur kembali
adakah sebab kau sengaja membutakan mata
kalaulah kau melihat
mendengar dengan hati
yang aku bukanlah aku sekarang
pasti kau lebih hargai hati ini
masa ini
perasan ini..
tapi aku tak tahu apa yang kau rasa
sebab aku tak tahu
masa depan
yang kesamaran
memang aku tak tahu
ada orang
suka suka mainkan hati orang
suka suka sakitkan hati orang
suka suka buat orang senyum
suka suka buat kerja bodoh
suka suka buang masa
suka suka cari kerja lain
suka suka belajar ilmu baru
suka suka wat orang jeles
suka suka mencari susa
suka suka marah marah
suka suka gelak
suka suka buat kesimpulan tanpa study
suka suka keluarkan pendapat tanpa diminta
suka suka buat teori sendiri

tapi..
aku suka suka menulis.

kalau kau.
suka suka apa?

seronok

seronoknya aku tulis blog
seronoknya aku edit blog
puas tak terkata
silent reader to noisy reader (huh?)
seronok
tulis ape yang aku nak
takyah pikir iklan iklan and duit duit neh
hah
duit
aku tulis blog sebab nak duit ke
terus tak seronok
tak sume buat sebab duit


moral republikt latheef
duit penting
tapi tak sume kerana duit
serius aku tak bohong



aku nak melompat lagi
kali terakhir aku lompat tahun lepas
lompat lebih tinggi
lebih sejengkal dari kawan di takuk lama
setahun aku tak melompat
mengumpul kekuatan meresap semangat
tapi orag lain melompat lagi tinggi
tinggi yang tak tercapai
aku nak lompat juga nanti
tapi aku nak lompat tinggi
biar kau yang tak terjangkau
tunggu masa sesuai
lompatan itu takkan kau jangka


moral republikt latheef
lompat sampai kau takleh lompat lagi



raya bila aku tak ingt
next 5 years
masih adakah kami?



aku suke edit gambar
tak dinafikan
dapat gambar dapat photoshop
aku edit bagi cantik
cantik dari mata aku
kadang-kadang tak cantik mata orang lain
edit tak jiwa
edit tak sampai maksud
edit tak sepenuh hati
lalu delete kalau dateline jauh lagi
terfikir kalau hidup ni aku edit selalu
mesti hidup ini lebih baik
mesti dapat tunjuk yang terbaik setiap hari
edit untuk jadi lebih baik lagi
untuk tunjuk kat yang atas
edit untuk tunjuk pada-NYA selalu
biar DIA redha selalu
sebab aku tak tau dateline

moral republikt latheef edit diri untuk jadi lebih baik sebab dateline kau bukan kau tau pun
soalan demi soalan diasak
satu demi satu terpacul
terluah dari hati yang caring mungkin
atau saja nak mengenakan mungkin
siapa tau dalam hati orang
rambut sama hitam
yang berhijab pun aku kira hitam kalau tak diwarnakan
mana dia?
bila?
kat mana?
macam macam lagi
sambutnya dengan senyuman
dan sengih dari hujung telinga kanan sampai telinga kiri
sambil wtf dalam hati.

Moral republikt latheef
kalau kena soalan yang ko taknak jawab
diam, senyum seraya berkata tak tahu lah
wtf dalam hati itu hanya option

Terlalu banyak pilihan : Bad choice!


baca buku atau tak baca buku
pergi karaoke atau dengar lagu
pergi disko atau pergi berjoget
pergi interview atau denied offer
bangun pagi atau jumpa matahari tegak di kepala
buat duit atau abiskan duit
simpan duit atau beli benda yang best tapi tak guna
Syukur atau tak kesah ae yang ko dapat
Courage people or discourage people
pemurah atau kedekut
memuji atau mengutuk
diam atau cakap cakap sampai teserlah kebodohan kau
bersabar atau marah
memaafkan atau simpan kesumat sampai mati
tutup aurat atau tutup yang tu je
faham&buat atau faham&buat bodo
jimat atau boros
tambah pengetahuan atau anggap ko dah pandai
sebab banyak pilihan selalunya pilihan yang betul tersasar
sebab banyak pilihan selalunya sesal
sebab banyak pilihan selalunya tak fokus
dan sebab banyak pilihan selalunya mengelabui mata


Moral republikt latheef
kurangkan pilihan yang boleh dibuat
focus only the best way.
Hari ini aku bermula lagi..
aleshay.com sudah padam,
aleshaywannahavefun.com pun sudah hampir lenyap.
Apa perlu blog ini lagi kalau blog terdahulu pun jarang sangat updatenya.
Tapi,
aku nak cuba,
berkongsi kisah bersilang kata memecah bicara
dari apa yang ku lihat, rasa dan dengar
segala pandangan peringatan cadangan buah fikiran idea
untuk panduan aku....
dan kau..(kalau kau mahu)

welkam to republikt latheef