You made you yourself


by Josh Sommers

kau yang tentukan hidup ko sendiri
kau yang sepatutnya tentukan hidup kau sendiri
kenapa ko nak salahkan orang lain?
bukan kau yang membuat keputusan itu?
bukan kau yang mengecap kepuasan masa itu?
lalu apa kau dapat?
patutnya memang kau yang tanggung
konon sebab persekitaran
konon sebab ajakan kawan kawan
konon sebab tekanan
tapi yang buat tetap kau yang bodoh itu
kau yang melukiskan garis garis hidup kau sendiri
sebab kau tak boleh fikir
sebab kau hidup dalam kebodohan yang melampaui batas
sebab kau membutakan mata tengok kebenaran sebenar
sebab kau berlagak bertatahkan ego
sebab kau dangkal berkelipan bengap
dan memang ko tak faham sampai bila bila
sebab kau yang melukis diri ko begitu


ditujukan khas kepada penganggur terhormat, peragut, melayu dangkal,dak perempuan jadi pelacur,gro, kawan kawan yang gi kelab malam,wanita yang mengandung sebab terlanjur, dak dak bawah umur yang nak lari dari umah, mat mat rempit yang superb bodo menjana ekonomi yamaha dan boon siew,peragut peragut yang suke meragut bag tangan sebab ko tak pandai cari makan selain meragut, bukan kawan yang kena tangkap khalwat dan juga raakn rakan yang seangkatan dengan semua di atas.


janganla ko cepat putus asa
jangan ko cepat rendah diri
janganlah ko cepat stress
jangan ko suke sangat dengar cakap orang
jangan ko takde matlamat untuk hidup
jangan ko merendahkan matlamat orang lain
jangan buang harapan untuk terus berjuang
jangan mengalah sampai mati
jangan ko jadi bodoh dan bertindak melulu
jangan ko banyak cekadak, ni takboleh, tu tak boleh
jangan ko berfikiran pendek dan kecil
jangan sempit sngt fikiran tu
jangan asik pk negatif je

moral republikt latheef
THINK BIG la brader


kadang2 orang tak faham walaupun ko dah bagi banyak signs. bersilat-silat aku menutur kata pun, kaku je pandangan mata. nak kena karate kot baru terngadah. adios

aku terjumpa melayu dangkal
-biar papa asal bergaya
-perkara remeh temeh jadi alasan besar untuk tidak berusaha
-nak cakap di hadapan takut,cakap belakang berdegar-degar
-dianaktiri tak melawan,disisih tak menyahut merajuk sampai ke tulang sumsum
-baca buku? watpe?
-urtv, majalah hiburan mestilah beli
-berita? kenapa nak tngk?
-kalau ko melabur ni, dalam 6 bulan je ble untung-skim cepat kayap.
-ade konsert ah, jom pegi
-ko nasihat mcm ko baik sngt, ko sape nak nasihat aku?
-english? i dunno how cakap in engelish la.
-ala, gi kelab minum2 je bukan wat pape
-serba tau tapi tak tahu sebenarnya
-beli keta mahal baru kaya
-baju yang ketat sampai tertonjol sket i punya *toot* ada?
-takde inisiatif, takde buku takleh studi, takde kawan takleh wat kerja,takde kerja takleh nak pk nak cara wat duit senirik
-,tunggu orang tolong, tunggu panggilan, tunggu bantuan,tunggu tawaran, tunggu orang lain buat, tunggu sampai seru, tunggu mati
-hasad dengki
-pk duit duit semata-mata
-cepat puas hati

ko melayu dangkal ke,klu aku jumpa ko aku carik carik daging ko, ketuk2 kepala, pastu rendam dalam besen , bakar pastu letak campak kat laut biar jadi kalau bercantum balik biarlah dah bersih dah otak tu jadi melayu baru.

moral republikt latheef
-jangan jadi melayu dangkal.klu ade ciri2 mcm tu tahniah la anda dah masuk dlm melayu dangkal
-ya.aku memang kasar..tapi aku selalu betul.

ps
klu anda melayu dangkal teruslah buang diri kat laut je

pss
tempat kerja aku 99% bangsa lain. aku sorang melayu, think you can survive if you are melayu dangkal? come and join me :)

psss
mahathir punya gambar sinonim aa ngan melayu baru..aku raselaa

baru abes bace buku ni.mostly pasal berniaga atau cari duit. sajer beli utk tambah ilmu sikit2.
sangat tertarik dengan kebanyakan pandangan dia.
-siswazah sanggup sanggup dibayar RM500 sebulan sedangkan berniaga RM500 adlah keuntungan sehari peniaga warung.
-forum perdana dah 15 tahun. tapi tercapai kita sebagai umat perdana di bumi sendiri?
-berniaga sume boleh,tapi pengurusan perniagaan tak semua boleh.
-berniaga takde kelas
kalau pikir balik mana ko nak?
kelas dan duit cukup makan bulan2
atau takde kelas tapi duit terlebih2

moral republikt latheef
ko pilih sebab aku takkan pilih untuk ko.

aku tak tahu


salahkah aku impikan ini
semakin dekat tapi kabur
dulu jauh tapi nyata
kalau diamati bolehkah kabur ini dihilangkan
membuangkan imaginasi ini
realiti menguasai diri
aku jadi kabur kembali
adakah sebab kau sengaja membutakan mata
kalaulah kau melihat
mendengar dengan hati
yang aku bukanlah aku sekarang
pasti kau lebih hargai hati ini
masa ini
perasan ini..
tapi aku tak tahu apa yang kau rasa
sebab aku tak tahu
masa depan
yang kesamaran
memang aku tak tahu
ada orang
suka suka mainkan hati orang
suka suka sakitkan hati orang
suka suka buat orang senyum
suka suka buat kerja bodoh
suka suka buang masa
suka suka cari kerja lain
suka suka belajar ilmu baru
suka suka wat orang jeles
suka suka mencari susa
suka suka marah marah
suka suka gelak
suka suka buat kesimpulan tanpa study
suka suka keluarkan pendapat tanpa diminta
suka suka buat teori sendiri

tapi..
aku suka suka menulis.

kalau kau.
suka suka apa?

seronok

seronoknya aku tulis blog
seronoknya aku edit blog
puas tak terkata
silent reader to noisy reader (huh?)
seronok
tulis ape yang aku nak
takyah pikir iklan iklan and duit duit neh
hah
duit
aku tulis blog sebab nak duit ke
terus tak seronok
tak sume buat sebab duit


moral republikt latheef
duit penting
tapi tak sume kerana duit
serius aku tak bohong



aku nak melompat lagi
kali terakhir aku lompat tahun lepas
lompat lebih tinggi
lebih sejengkal dari kawan di takuk lama
setahun aku tak melompat
mengumpul kekuatan meresap semangat
tapi orag lain melompat lagi tinggi
tinggi yang tak tercapai
aku nak lompat juga nanti
tapi aku nak lompat tinggi
biar kau yang tak terjangkau
tunggu masa sesuai
lompatan itu takkan kau jangka


moral republikt latheef
lompat sampai kau takleh lompat lagi



raya bila aku tak ingt
next 5 years
masih adakah kami?



aku suke edit gambar
tak dinafikan
dapat gambar dapat photoshop
aku edit bagi cantik
cantik dari mata aku
kadang-kadang tak cantik mata orang lain
edit tak jiwa
edit tak sampai maksud
edit tak sepenuh hati
lalu delete kalau dateline jauh lagi
terfikir kalau hidup ni aku edit selalu
mesti hidup ini lebih baik
mesti dapat tunjuk yang terbaik setiap hari
edit untuk jadi lebih baik lagi
untuk tunjuk kat yang atas
edit untuk tunjuk pada-NYA selalu
biar DIA redha selalu
sebab aku tak tau dateline

moral republikt latheef edit diri untuk jadi lebih baik sebab dateline kau bukan kau tau pun
soalan demi soalan diasak
satu demi satu terpacul
terluah dari hati yang caring mungkin
atau saja nak mengenakan mungkin
siapa tau dalam hati orang
rambut sama hitam
yang berhijab pun aku kira hitam kalau tak diwarnakan
mana dia?
bila?
kat mana?
macam macam lagi
sambutnya dengan senyuman
dan sengih dari hujung telinga kanan sampai telinga kiri
sambil wtf dalam hati.

Moral republikt latheef
kalau kena soalan yang ko taknak jawab
diam, senyum seraya berkata tak tahu lah
wtf dalam hati itu hanya option

Terlalu banyak pilihan : Bad choice!


baca buku atau tak baca buku
pergi karaoke atau dengar lagu
pergi disko atau pergi berjoget
pergi interview atau denied offer
bangun pagi atau jumpa matahari tegak di kepala
buat duit atau abiskan duit
simpan duit atau beli benda yang best tapi tak guna
Syukur atau tak kesah ae yang ko dapat
Courage people or discourage people
pemurah atau kedekut
memuji atau mengutuk
diam atau cakap cakap sampai teserlah kebodohan kau
bersabar atau marah
memaafkan atau simpan kesumat sampai mati
tutup aurat atau tutup yang tu je
faham&buat atau faham&buat bodo
jimat atau boros
tambah pengetahuan atau anggap ko dah pandai
sebab banyak pilihan selalunya pilihan yang betul tersasar
sebab banyak pilihan selalunya sesal
sebab banyak pilihan selalunya tak fokus
dan sebab banyak pilihan selalunya mengelabui mata


Moral republikt latheef
kurangkan pilihan yang boleh dibuat
focus only the best way.
Hari ini aku bermula lagi..
aleshay.com sudah padam,
aleshaywannahavefun.com pun sudah hampir lenyap.
Apa perlu blog ini lagi kalau blog terdahulu pun jarang sangat updatenya.
Tapi,
aku nak cuba,
berkongsi kisah bersilang kata memecah bicara
dari apa yang ku lihat, rasa dan dengar
segala pandangan peringatan cadangan buah fikiran idea
untuk panduan aku....
dan kau..(kalau kau mahu)

welkam to republikt latheef